Sunday 26 March 2017

Apakah alasan kita....

 
Apabila melibatkan diri dalam dunia pendidikan, Azee Lejen kena mengakui kebenarannya bahawa itulah cita-cita semasa di sekolah menengah dahulu..cadangnya nak jadi ustazah...takde rezeki..beberapa tahun kemudian...usia pun dan menginjak keseparuh abad Azee Lejen mendapat kerja sebagai guru tadika. Pengalaman langsung takde..zero..blur sotong masa tu..tak tau nak buat apa. Melayan budak2 memang takde masalah. Tapi penyelia dan guru2 lain beri tunjuk ajarku sifuuu..hahaa..Lepas tu bole la..3 tahun mengajar banyak juga pengalaman yang Azee Lejen dapat.

Yang paling best bila bersama kanak-kanak tadika. Karakter kite pun boleh berubah..try masuk kedunia kanak-kanak, tapi kene ikhlas...memang menyeronokkan. Paling penting adalah kesabaran yamg tinggi, minat dan enjoy dengan kerjaya sebagai guru tadika. Bukan senang nak handle budak2..hmmm..berbagai ragam. Ada yang menangis, duduk diam, tak senyum, tak ketawa..Azee Lejen pulak naik risau. Yang menangis tu bole la pujuk..ambil masa juga nak pujuk, macam2 straregi guna nak diamkan.Tapi adalah hari pertama persekolahan mereka, minggu orientasi, tu sebab kami guru2 mengadakan aktiviti semasa minggu orientasi tu. Masa tu lah nak blend in dengan kanak-kanak.

Kanak-kanak adalah amanah kami guru2 tadika. Bagi Azee Lejen mereka perlu dilayan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang mereka. Kadang2 kasih sayang kepada mereka melebihi kasih sayang kepada anak-anak Azee Lejen sendiri..( maaf ye anak2 ibu ) Jadi Apakah alasan kita apabila kita seolah-olah mengabaikan mereka dengan kesibukan bekerja. Hujung minggu adalah masa untuk bersama mereka, bertanyakan apa yang dipelajari disekolah..apakah aktiviti bersama guru2.Itulah adalah penderaan dari segi emosi..memarahi anak-anak tanpa sebab, tidak ambil tahu tentang pelajaran mereka itu adalah penderaan emosi. Ianya lebih teruk dari penderaan fizikal. Kerana perkara yang berkaitan dengan emosi boleh dibawa hingga kanak- kanak itu dewasa,ia disimpan didalan hati dan fikiran mereka. Boleh memberi impak kepada kanak-kanak seperti menjadi pendiam, pembuli, pendendam, keras hati, degil dan sebagainya.

Para pembaca yang dirahmati Allah, Azee Lejen bercakap berdasarkan pengalaman. Mungkin dari kanak-kanak tadika itu, dari orang lain dan sebagainya. Kita seharusnya atau wajib mengetahui perkembangan anak-anak kita atau kita akan terlambat untuk menikmati dan menghargainya saat2 bersama mereka. Mungkin juga perhubungan itu tidak rapat akibat dari sikap tidak endah kita sendiri? Jangan pula rasa marah atau kesal apabila mengetahui keputusan penilaian atas anak2 itu tidak memuaskan.Jadi...Apakah alasan kita?

More post